Hari ini saya ingin bercerita
mengenai kebaikan dan khasiat madu. Ehemm.... ni madu lebah ya bukan madu yang
dua, tiga atau empat.. yang tu biarla Allah yang mengetahui..Mahu torsodak semuo yang baco blog den kot cito madu yang tu. Seperti yang kita
ketahui, madu ini adalah daripada haiwan yang bernama LEBAH. nampak kecil saja
haiwan ni, tapi ialah... kuasa Allah. Lebah boleh menghasilkan madu yang
mempunyai kebaikan dan khasiat semula jadi.
Firman
Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang
mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan
kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di
tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam
buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari
perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya
terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkan"
Diriwayatkan
oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad
s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'.
Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi
saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun
memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan
bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu
sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah
s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu
menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.'
Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang
berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki
tersebut dan akhirnya sembuh.
Khasiat Madu
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah
dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan
madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah
asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli.
Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan
pengambilan madu lebah asli adalah:
|
-
Asma
|
-
Haid
|
-
Resdung
|
|
-
Alahan
|
-
Jerawat
|
-
Rambut gugur
|
|
-
Barah
|
-
Letih
|
-
Sakit kepala
|
|
-
Buasir
|
-
Lendir kahak
|
-Sakit pinggang
|
|
-
Batuk kering
|
-
Lemah jantung
|
-
Sakit sendi
|
|
-
Batuk
|
-
Mata
|
-
Sukar tidur
|
|
-
Darah Tinggi
|
-
Pening
|
|
|
-
Gastrik
|
-
Penyeri muka
|
|
Selain penyakit di atas, masih banyak
lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:
- Mengembalikan
kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar
dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel
urat besar.
3. Menjaga dan
mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga
batin.
- Membersih
dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali
bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan
lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi
kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa
kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengelak
cacing perosak dalam perut.
- Menambah
kelazatan makanan.
- Tidak
menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
- Mudah
dan cepat diserap oleh badan.
- Membekalkan
tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
- Membantu
memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan
banyak.
- Walaupun
mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan
oleh buah pinggang.
- Ia
mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
- Amat
berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
- Madu
menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi
perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
- Sesuai
untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
- Hati
orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan
(madu).
- Ia
baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
- Sumber
utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
Cara Menyimpan Madu
Berikut ini, diberikan beberapa cara
yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka
waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
- Jangan
biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang
lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang
kualitinya.
- Simpan
madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan
sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada
madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun
jika dimakan.
- Simpan
madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan
di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu
jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
- Hindarkan
daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu
akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
- Jangan
menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak,
petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di
sekelilingnya.
Cara Mengetahui Keaslian Madu
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi
amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang
terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk
mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap
pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang
sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
- Madu
asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula
akan diserang pasukan semut.
- Madu
yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
- Madu
asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
- Tuangkan
sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan
goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti
sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
- Tuang
madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
- Pecahkan
sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan
membuatkan telur ayam tersebut masak.
- Titiskan
setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak
diserap oleh kertas.
Semoga ilmu yang
diberikan memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua..