Tuesday, 17 November 2015

makaroni bakar...

assalamualaikum...
hari ni tiba masa nak bagi resepi makaroni bakar cheese... sebarang tempahan sila hubungi saya... chewaah... tempahanla sangat..ini merupakan resepi kegemaran anak-anak.. mak dia kurang meminati cheese.. ok...x payah nak menceceh panjang sangatla kan..
sejak 2 menjak ni rajin pulak diri saya memasak....adakah kerana......?? Mungkin kot...mungkin tak...
ni dah kena makan ngan anak-anak...nyumm..nyum..

Inila yang membuat lemak-lemak menari sakan...segala irama ada..tango. .salsa..pop yehyeh..dangdut..rock n roll... anak-anak saya ni sangat menggemari segala2 yang ada cheese...makan bertambah-tambah. Si kakak tak sudah-sudah ucap terima kasih sebab masakkn benda yang dia suka..yg s iadik pulak keluar masuk tunggu bila nak siap masak.si kecik plak makaroni yang baru direbus pon dia bedal....haish...sabar anak-anak ibu ya......2 yg emaknya bersemangat perang kat dapur..resepi saya kali ini saya namakan " makaroni cheese gemok"

Bahan-bahan untuk sos putih :
3 sudu besar butter.
3 sudu tepung gandum
300ml susu segar
Sos putih
Kuah spegetti (buat macam kita untuk makan spegetti)

ini step yang pertama..

step pertama ni... makaroni yang telah digaulkan dengan kuah spegetti tadi masukkan kedalam loyang untuk langkah-langkah yang seterusnya.. hokey..
step 2.




 step 2 : setalah makaroni diletak dalam loyang, ratakan dia dengan sos putih.. sebenarnya, lagi banyak sos putih... lagi yummy...lemak pon berlomba-lomba membiak.

step 3

step 3. selepas letak sos putih., taburkan keju parmesen.. nak letak keju keping pon boleh..keju mozarella pon boleh.. ulangi langkah satu, dua dan tiga hingga bahan habis.. last sekali nanti atas lapisan atas sekali letak cheeese banyak-banyak... saya suka letak yang bahagian atas keju mozarella.


Sedang dibakar.

Hehehe....tak sabar anak2 dara saya menunggu makaroni cheese diaorng ni masak....


Yang baju purple 2 kuar masuk x sabar nak ngaap......bhahahaha....apa pon ni la permata hati saya....baby iris susah nak tangkap gambar dia..kemaruk merangkak....apa pon sangat puas hati dapat mengenyangkan perut-perut mereka..next entry lain punya cheritaaa....tata titi tutu. ...♥♥♥



Sunday, 15 November 2015

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU.



Hari ini saya ingin bercerita mengenai kebaikan dan khasiat madu. Ehemm.... ni madu lebah ya bukan madu yang dua, tiga atau empat.. yang tu biarla Allah yang mengetahui..Mahu torsodak semuo yang baco blog den kot cito madu yang tu. Seperti yang kita ketahui, madu ini adalah daripada haiwan yang bernama LEBAH. nampak kecil saja haiwan ni, tapi ialah... kuasa Allah. Lebah boleh menghasilkan madu yang mempunyai kebaikan dan khasiat semula jadi.
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Khasiat Madu
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma
- Haid
- Resdung

- Alahan
- Jerawat
- Rambut gugur

- Barah
- Letih
- Sakit kepala

- Buasir
- Lendir kahak
-Sakit pinggang

- Batuk kering
- Lemah jantung
- Sakit sendi

- Batuk
- Mata
- Sukar tidur

- Darah Tinggi
- Pening


- Gastrik
- Penyeri muka

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.
  • Menambah kelazatan makanan.
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Menyimpan Madu
Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Cara Mengetahui Keaslian Madu
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Semoga ilmu yang diberikan memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua..