Tuesday, 10 November 2015

fadhilat dan kelebihan solat dhuha









Kelebihan solat dhuha…
Pagi yang hening penuh barakah ini, bersyukur kapada Ilahi kerana diberikan nikmat yang tidak terhingga. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Sebaiknya solat dhuha itu hendaklah dilakukan setiap hari. Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).
.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
solat ini juga sebagai simbolik kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang hamba kepada penciptanya. Kelebihan yang lain:
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 
Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.

Disini juga saya sertakan video doa solat dhuha… semoga bermanfaat untuk anda semua.



15 comments:

  1. Nice blog. Banyak ilmu pengetahuan berguna. Keep it up. ^_^

    ReplyDelete
  2. Nice blog. Banyak ilmu pengetahuan berguna. Keep it up. ^_^

    ReplyDelete
  3. blog yg cantik. n bayk bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...mmang benar, solat dhuha sangat bagus untuk diamalkan. Terima kasih diatas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...mmang benar, solat dhuha sangat bagus untuk diamalkan. Terima kasih diatas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  6. semoga mudah untuk kita istiqamah dalam mlakukan solat dhuha..

    ReplyDelete
  7. Boleh dijadikan sebagai amalan sunat untuk harian...amalkan untuk hari-hari moga dimurahkan dan mendapat keberkatan dalam sumber rezeki...

    ReplyDelete
  8. Bagus Alhamdulillah...marilah kita sama- sama mengamalkannya..insyaallah di murahkan rezeki

    ReplyDelete