Kelebihan solat dhuha…
Pagi yang
hening penuh barakah ini, bersyukur kapada Ilahi kerana diberikan nikmat yang
tidak terhingga. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih
seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah
SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat
dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara
agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan
Witir sebelum tidur.”
Daripada
Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah
untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua
rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Sebaiknya
solat dhuha itu hendaklah dilakukan setiap hari. Paling banyak yang dikerjakan
oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda
ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas
mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).
.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu
matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan
merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas
Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit,
maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal
melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7
hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi
SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat
Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat
orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah
bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
solat ini juga sebagai simbolik
kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas
tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat
Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang
hamba kepada penciptanya. Kelebihan yang lain:
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Walau apapun ganjarannya, adalah
lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri
kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.
Disini juga saya sertakan video doa solat dhuha…
semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sesiapa yg mahu boleh share...
ReplyDeleteNice blog. Banyak ilmu pengetahuan berguna. Keep it up. ^_^
ReplyDeleteNice blog. Banyak ilmu pengetahuan berguna. Keep it up. ^_^
ReplyDeleteIlmu yg bermanfaat...
ReplyDeleteIlmu yg bermanfaat...
ReplyDeleteIlmu yg sgt baik
ReplyDeleteIlmu yang sangat bermanfaat..
ReplyDeleteblog yg cantik. n bayk bermanfaat
ReplyDeleteAlhamdulillah...mmang benar, solat dhuha sangat bagus untuk diamalkan. Terima kasih diatas perkongsian ilmu.
ReplyDeleteAlhamdulillah...mmang benar, solat dhuha sangat bagus untuk diamalkan. Terima kasih diatas perkongsian ilmu.
ReplyDeletesemoga mudah untuk kita istiqamah dalam mlakukan solat dhuha..
ReplyDeleteBoleh dijadikan sebagai amalan sunat untuk harian...amalkan untuk hari-hari moga dimurahkan dan mendapat keberkatan dalam sumber rezeki...
ReplyDeleteterbaikkkk
ReplyDeleteAmalam untuk dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteBagus Alhamdulillah...marilah kita sama- sama mengamalkannya..insyaallah di murahkan rezeki
ReplyDelete