Gerhana merupakan fenomena yang jarang berlaku. Namun sejak
kebalangan ini, fenomena gerhana mula berubah dan sering berlaku. Bagi tahun
2014 contohnya, telah berlaku dua kali fenomena gerhana bulan merah(berdarah)
dan yang terbaru adalah pada 8 Oktober 2014 . Seringkali berlaku kekeliruan
pada masyarakat kita hari ini mengenai perkara yang sering dilakukan apabila
berlakunya gerhana samaada gerhana matahari atau gerhana bulan.
Kita juga mengetahui bahawa bumi mengelilingi matahari sebagai paksi
manakala bumi yang kita huni memiliki satelit iaitu bulan. Bumi dan bulan
bersama-sama mengelilingi matahari dan satu ketika kesan daripada bumi dan
bulan yang beredar akan berlaku akibatnya bulan kadang-kadang akan berada di
antara bumi dan matahari. Dan pada ketika lain bumi pula yang akan berada di
antara bulan dan matahari. Ketika bulan berada di antara bumi dan matahari,
ketiga-tiganya belum tentu kedudukannya segaris. Bulan mungkin berada lebih
rendah, mungkin pula lebih tinggi antara matahari dan bumi. Pada waktu lain
pula, bulan pula akan akan berada tepat segaris di antara matahari dan bulan.
Pada waktu ini, bulan akan menghalangi cahaya matahari yang menuju beberapa
daerah di permukaan bumi.
Gerhana dalam bahasa arab adalah kusuf atau khusuf. Pada asalnya
perkataan kusuf atau khusuf digunakan untuk gerhana matahari ataupun bulan.
Perkataan kusuf biasanya digunakan untuk kejadian gerhana matahari manakala
khusuf pula adalah untuk kejadian gerhana bulan.(Muhammad Jayusman: Fenomena
Gerhana Dalam Wacana Hukum Islam dan Astronomi 2011). Dalam bahasa Inggeris
pula gerhana dikenali sebagai eclipse; blocking of light from one heavenly body
by another; loss of brilliance or power.(Joyce M. Hawkins: Kamus Dwibahasa
Oxford Fajar Edisi ketiga).
Dalam ilmu
astronomi gerhana samaada gerhana matahari atau gerhana bulan sering kali
berlaku. Terdapat dua jenis gerhana yang berlaku, iaitu gerhana matahari dan
gerhana bulan. Terdapat pula pecahan bagi gerhana matahari yang sering berlaku
iaitu :
1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).
2. Gerhana Matahari Cincin/
GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar
Eclipsel/Kusuf Ba’dhi).
Bagi gerhana bulan
terdapat dua pecahannya iaitu ;
1. Gerhana Bulan Total (Total Lunar Eclipse/ Khusuf Kulli)
2. Gerhana Bulan Sebahagian (Partial Lunar Eclipse/ Khusuf Ba’dhi)
GERHANA MATAHARI
Matahari merupakan
satu daripada berjuta-juta bintang di angkasa raya. Matahari terletak sejauh
kira-kira 150 juta km (93 juta batu) dari kita yang berjuta-juta kali lebih
dekat berbanding dengan kebanyakan bintang-bintang yang lain. Kita beranggapan
bahawa matahari mengelilingi bumi, namun yang sebenarnya bumi yang berputar di
nagkasa lepas setiap hari. Bumi juga bergerak mengelilingi matahari setiap
365.25 hari dengan istilah lain satu tahun.(Sains abad ke-21 angkasa
lepas,Robin Kerrod,DBP2010).
Gerhana matahari
terjadi apabila tertutupnya cahaya daripada menyinari bumi oleh bulan
sebahagian atau keseluruhannya. Ia terjadi apabila kedudukan bulan selari
antara bumi dan matahari.
walaupun bulan lebih kecil ukurannya dari bumi, namun bulan dapat melindungi
sinar matahari sepenuhnya karana jarak bulan ke bumi rata-rata berjarak 384.400
kilometer, lebih dekat jika dibandingkan Matahari yang memiliki jarak kurang
lebih 149.680.000 Kilometer(150juta km).
Gerhana matahari terbhagi kepada 3
bahagian iaitu
1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).
2. Gerhana Matahari Cincin/
GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar
Eclipsel/Kusuf Ba’dhi).
Gerhana matahari total/GMT ialah apabila seluruh bulatan matahari
lilitupi atau ditutup oleh bulan. Pada waktu ini sesetengah kawasan dibumi akan
mengalami waktu gelap seperti waktu malam. Pada masa ini juga gerhana matahari
dikatakan sebagai gerhana total apabila masa puncak gerhana, piringan matahari
ditutup sepenuhnya oleh piring bulan. waktu itu, piring bulan sama besar atau
lebih besar dari piringan matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan
sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak bumi-bulan dan bumi-matahari.
(gambar kedudukan bulan semasa terjadinya gerhana matahari penuh)
Gerhana Matahari Cincin/ GMC
(Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
Gerhana matahari
cincin pula terjadi apabila bulatan bulan (semasa puncak gerhana) hanya menutup
sebagian dari bulatan matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran
bulatanbulan lebih kecil dari bulatan matahari. Sehingga ketika bulatan bulan
berada di depan bulatan matahari, tidak seluruh bulatan matahari akan tertutup
oleh bulatan bulan. Sebahagian dari bulatan matahari yang tidak tertutup oleh bulatan
bulan, berada di sekeliling bulatan bulan dan terlihat seperti cincin yang
bercahaya.

(contoh gerhana matahari cincin)
Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf
Ba’dhi).
Gerhana matahari sebahagian
pula terjadi apabila bulatan bulan(semasa
puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari bulatan matahari. semasa gerhana
ininberlaku, biasanya ada bahagian dari bulatan matahari yang tidak tertutup
oleh bulatan bulan.
Gerhana bulan.
Gerhana bulan pula
terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup atau dilindungi oleh
bayangan bumi. Ia terjadi apabila kedudukan bumi sejajar dengan kedudukan
matahari dan bulan. Sebuah gerhana bulan terjadi ketika bulan melalui /
berada di belakang bumi, sehingga bumi menghalangi sinar matahari dari bulan.
Hal ini terjadi hanya ketika matahari, bumi, dan bulan berada dalam kedudukan
sejajar atau selari sehingga kedudukan bumi berada di tengah.
Oleh kerana itu, gerhana
bulan hanya dapat terjadi pada malam bulan purnama. Jenis dan panjang suatu
gerhana tergantung pada lokasi bulan relatif terhadap node orbitnya. Gerhana
bulan terbaru terjadi pada 15 Jun 2011; itu adalah gerhana sentral, sapat
dilihat dari Eropah dan Amerika selatan setelah matahari terbenam, di atas
Afrika dan sebagian Asia, dan Australia sebelum matahari terbit.
Tidak seperti terjadinya gerhana matahari, yang hanya dapat dilihat
dari kawasan tertentu yang relatif kecil tertentu di dunia, gerhana bulan dapat
dilihat dari mana saja di sisi malam bumi. Sebuah gerhana bulan berlangsung
selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari total hanya berlangsung selama
beberapa minit di setiap tempat tertentu.
Bayangan bumi dapat dibahagi menjadi dua bahagian yang berbeza dengan umbra dan penumbra.
Bayangan bumi dapat dibahagi menjadi dua bahagian yang berbeza dengan umbra dan penumbra.
Dalam umbra, tidak ada radiasi matahari langsung. Namun, bila
akibat dari besarnya sudut ukuran matahari, pencahayaan sinarnya hanya
sebahagian dihalang di bahagian luar bayangan bumi, diberi nama penumbra.
Sebuah gerhana penumbra terjadi ketika bulan melalui penumbra Bumi. Penumbra
menyebabkan penggelapan halus di permukaan Bulan. Jenis khusus dari gerhana
penumbra adalah gerhana penumbra penuh, di mana bulan terletak secara eksklusif
dalam penumbra bumi. Gerhana penumbra total langka, dan ketika ia terjadi,
bahagian bulan yang paling dekat dengan umbra akan muncul agak lebih gelap dari
sisa bulan.
(gambarajah terjadinya gerhana bulan)
Konklusinya
disini, kita sebagai hamba Allah perlulah kembali kepada fitrah kejadian
manusia dan alam semester. Kita wajib mentaati perintah Allah dan beribadat
kepada pencipta kita iaitu Allah taala. Sehebat-hebat ciptaan manusi, kita
tidak dapat menandingi kekuasaan dan kebesan pencipta kita. Seharusnya kita
terus menggandakan ibadat kepada Allah dan menjauhkan diri dari perkara-perkara
yang mensyirikkan Allah.
Ilmu yang baik..setiap kejadian alam ada tersembunyi maksudnya..wallahuallam..
ReplyDeleteSubhanaAllah....menakjubkan betapa besarnya kekuasaan Allah. Terima kasih diatas perkongsian ini.
ReplyDeleteByk ilmu blh berkongsi bersama...
ReplyDeleteIndiana captain Allah...
ReplyDeleteSubhanallah...antara kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang dapat kita lihat...Allahuakbar...
ReplyDeleteSubhanallah..Maha Suci Allah...tq di atas perkongsian..
ReplyDeleteperedaran bulan dan matahari. Kuasa Allah yang maha menghidup dan mematikan, mengadakan dan meniadakan. Alllah Maha pencipta sekalian alam.
ReplyDeleteKuasa Allah kan..memberi kesan
ReplyDeleteAllahu robbi... Allah maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu...
ReplyDelete+
ReplyDelete+
ReplyDelete