Sunday, 15 November 2015

KEJADIAN GERHANA



Gerhana merupakan fenomena yang jarang berlaku. Namun sejak kebalangan ini, fenomena gerhana mula berubah dan sering berlaku. Bagi tahun 2014 contohnya, telah berlaku dua kali fenomena gerhana bulan merah(berdarah) dan yang terbaru adalah pada 8 Oktober 2014 . Seringkali berlaku kekeliruan pada masyarakat kita hari ini mengenai perkara yang sering dilakukan apabila berlakunya gerhana samaada gerhana matahari atau gerhana bulan.

Kita juga mengetahui bahawa bumi mengelilingi matahari sebagai paksi manakala bumi yang kita huni memiliki satelit iaitu bulan. Bumi dan bulan bersama-sama mengelilingi matahari dan satu ketika kesan daripada bumi dan bulan yang beredar akan berlaku akibatnya bulan kadang-kadang akan berada di antara bumi dan matahari. Dan pada ketika lain bumi pula yang akan berada di antara bulan dan matahari. Ketika bulan berada di antara bumi dan matahari, ketiga-tiganya belum tentu kedudukannya segaris. Bulan mungkin berada lebih rendah, mungkin pula lebih tinggi antara matahari dan bumi. Pada waktu lain pula, bulan pula akan akan berada tepat segaris di antara matahari dan bulan. Pada waktu ini, bulan akan menghalangi cahaya matahari yang menuju beberapa daerah di permukaan bumi.

Gerhana dalam bahasa arab adalah kusuf atau khusuf. Pada asalnya perkataan kusuf atau khusuf digunakan untuk gerhana matahari ataupun bulan. Perkataan kusuf biasanya digunakan untuk kejadian gerhana matahari manakala khusuf pula adalah untuk kejadian gerhana bulan.(Muhammad Jayusman: Fenomena Gerhana Dalam Wacana Hukum Islam dan Astronomi 2011). Dalam bahasa Inggeris pula gerhana dikenali sebagai eclipse; blocking of light from one heavenly body by another; loss of brilliance or power.(Joyce M. Hawkins: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi ketiga).
            Dalam ilmu astronomi gerhana samaada gerhana matahari atau gerhana bulan sering kali berlaku. Terdapat dua jenis gerhana yang berlaku, iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan. Terdapat pula pecahan bagi gerhana matahari yang sering berlaku iaitu :
1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).
2. Gerhana  Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf Ba’dhi).
            Bagi gerhana bulan terdapat dua pecahannya iaitu ;
1. Gerhana Bulan Total (Total Lunar Eclipse/ Khusuf Kulli)
2. Gerhana Bulan Sebahagian (Partial Lunar Eclipse/ Khusuf Ba’dhi)

GERHANA MATAHARI
            Matahari merupakan satu daripada berjuta-juta bintang di angkasa raya. Matahari terletak sejauh kira-kira 150 juta km (93 juta batu) dari kita yang berjuta-juta kali lebih dekat berbanding dengan kebanyakan bintang-bintang yang lain. Kita beranggapan bahawa matahari mengelilingi bumi, namun yang sebenarnya bumi yang berputar di nagkasa lepas setiap hari. Bumi juga bergerak mengelilingi matahari setiap 365.25 hari dengan istilah lain satu tahun.(Sains abad ke-21 angkasa lepas,Robin Kerrod,DBP2010).
            Gerhana matahari terjadi apabila tertutupnya cahaya daripada menyinari bumi oleh bulan sebahagian atau keseluruhannya. Ia terjadi apabila kedudukan bulan selari antara bumi dan matahari. walaupun bulan lebih kecil ukurannya dari bumi, namun bulan dapat melindungi sinar matahari sepenuhnya karana jarak bulan ke bumi rata-rata berjarak 384.400 kilometer, lebih dekat jika dibandingkan Matahari yang memiliki jarak kurang lebih 149.680.000 Kilometer(150juta km).
Gerhana matahari terbhagi kepada 3 bahagian iaitu
1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).
2. Gerhana  Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf Ba’dhi).

Gerhana matahari total/GMT ialah apabila seluruh bulatan matahari lilitupi atau ditutup oleh bulan. Pada waktu ini sesetengah kawasan dibumi akan mengalami waktu gelap seperti waktu malam. Pada masa ini juga gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apabila masa puncak gerhana, piringan matahari ditutup sepenuhnya oleh piring bulan. waktu itu, piring bulan sama besar atau lebih besar dari piringan matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak bumi-bulan dan bumi-matahari.
 
(gambar kedudukan bulan semasa terjadinya gerhana matahari penuh)

Gerhana  Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).
            Gerhana matahari cincin pula terjadi apabila bulatan bulan (semasa puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari bulatan matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran bulatanbulan lebih kecil dari bulatan matahari. Sehingga ketika bulatan bulan berada di depan bulatan matahari, tidak seluruh bulatan matahari akan tertutup oleh bulatan bulan. Sebahagian dari bulatan matahari yang tidak tertutup oleh bulatan bulan, berada di sekeliling bulatan bulan dan terlihat seperti cincin yang bercahaya.
 
(contoh gerhana matahari cincin)


Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf Ba’dhi).
            Gerhana matahari sebahagian pula terjadi apabila bulatan  bulan(semasa puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari bulatan matahari. semasa gerhana ininberlaku, biasanya ada bahagian dari bulatan matahari yang tidak tertutup oleh bulatan bulan.
                    
 
Gerhana bulan.
            Gerhana bulan pula terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup atau dilindungi oleh bayangan bumi. Ia terjadi apabila kedudukan bumi sejajar dengan kedudukan matahari dan bulan. Sebuah gerhana bulan terjadi ketika bulan melalui / berada di belakang bumi, sehingga bumi menghalangi sinar matahari dari bulan. Hal ini terjadi hanya ketika matahari, bumi, dan bulan berada dalam kedudukan sejajar atau selari sehingga kedudukan bumi berada di tengah.
 Oleh kerana itu, gerhana bulan hanya dapat terjadi pada malam bulan purnama. Jenis dan panjang suatu gerhana tergantung pada lokasi bulan relatif terhadap node orbitnya. Gerhana bulan terbaru terjadi pada 15 Jun 2011; itu adalah gerhana sentral, sapat dilihat dari Eropah dan Amerika selatan setelah matahari terbenam, di atas Afrika dan sebagian Asia, dan Australia sebelum matahari terbit.
Tidak seperti terjadinya gerhana matahari, yang hanya dapat dilihat dari kawasan tertentu yang relatif kecil tertentu di dunia, gerhana bulan dapat dilihat dari mana saja di sisi malam bumi. Sebuah gerhana bulan berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari total hanya berlangsung selama beberapa minit di setiap tempat tertentu.
Bayangan bumi dapat dibahagi menjadi dua bahagian yang berbeza dengan umbra dan penumbra.
Dalam umbra, tidak ada radiasi matahari langsung. Namun, bila akibat dari besarnya sudut ukuran matahari, pencahayaan sinarnya hanya sebahagian dihalang di bahagian luar bayangan bumi, diberi nama penumbra. Sebuah gerhana penumbra terjadi ketika bulan melalui penumbra Bumi. Penumbra menyebabkan penggelapan halus di permukaan Bulan. Jenis khusus dari gerhana penumbra adalah gerhana penumbra penuh, di mana bulan terletak secara eksklusif dalam penumbra bumi. Gerhana penumbra total langka, dan ketika ia terjadi, bahagian bulan yang paling dekat dengan umbra akan muncul agak lebih gelap dari sisa bulan.

(gambarajah terjadinya gerhana bulan)


Konklusinya disini, kita sebagai hamba Allah perlulah kembali kepada fitrah kejadian manusia dan alam semester. Kita wajib mentaati perintah Allah dan beribadat kepada pencipta kita iaitu Allah taala. Sehebat-hebat ciptaan manusi, kita tidak dapat menandingi kekuasaan dan kebesan pencipta kita. Seharusnya kita terus menggandakan ibadat kepada Allah dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.



11 comments:

  1. Ilmu yang baik..setiap kejadian alam ada tersembunyi maksudnya..wallahuallam..

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah....menakjubkan betapa besarnya kekuasaan Allah. Terima kasih diatas perkongsian ini.



    ReplyDelete
  3. Byk ilmu blh berkongsi bersama...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...antara kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang dapat kita lihat...Allahuakbar...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..Maha Suci Allah...tq di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. peredaran bulan dan matahari. Kuasa Allah yang maha menghidup dan mematikan, mengadakan dan meniadakan. Alllah Maha pencipta sekalian alam.

    ReplyDelete
  7. Kuasa Allah kan..memberi kesan

    ReplyDelete
  8. Allahu robbi... Allah maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu...

    ReplyDelete